Showing posts with label Ihya Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ihya Ramadhan. Show all posts

14 August, 2012

Majlis Berbuka Bersama Pelajar Asrama

Semua warden termasuk pengurusan sekolah menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama pelajar asrama putera dan puteri. Kemeriahan majlis berbuka puasa sangat dirasai apabila semua pelajar, warden serta pihak pengurusan bersama-sama di Dewan Makan menunggu saat-saat berbuka puasa.

Meskipun tinggal di asrama, namun hidangan dan kemeriahan tetap terasa, keriuhan itulah memberikan rasa mesra dan ikatan yang sangat kuat dan erat.

jom berbuka....

09 August, 2012

Ceramah Nuzul Quran

Sempena Ihya Ramadhan dan Nuzul Quran, satu ceramah telah diadakan di Dewan Besar Al-Falah, disampaikan oleh penceramah jemputan, ustaz Cholil Abdullah. Semua pelajar berhimpun di dewan dan guru-guru juga ada turut serta mengikuti ceramah Nuzul Quran yang bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

07 August, 2012

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jamaie) diadakan sebaik sahaja usai Majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini berlangsung di Dewan Makan Asrama Puteri, disertai oleh semua guru, kakitangan termasuk jemputan. 

Jawatankuasa bertugas yang terdiri daripada guru dan juga kakitangan sokongan memberikan kerjasama yang erat demi memastikan majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Dua buah kanopi disediakan di luar Dewan Makan Asrama Puteri bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. 

Usai berbuka puasa, semua pelajar, guru, jemputan sama-sama menunaikan solat maghrib berjemaah di Surau Sekolah.




Majlis Khatam Al-Quran

Jawatankuasa Ihya Ramadhan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di surau sekolah (Surau Al-Muttaqim) pada jam 5 petang selepas solat asar.

Seramai 40 orang pelajar yang menjayakan majlis ini dibimbing oleh 4 orang guru pembimbing sehingga kesemua pelajar berjaya khatam Al-Quran pada hari tersebut.

Sebaik sahaja selesai khatam al-quran, dilangsungkan majlis penyampaian cenderamata dan bantuan kepada semua peserta khatam al-quran, bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan yatim serta bantuan uniform sekolah oleh pihak MAIDAM.

Majlis berakhir pada jam 6.30 petang. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang bertugas.

06 August, 2012

Qiamullail Iktikaf Ramadhan

Bersempena bulan Ramdhan, jawatankuasa Ihya Ramadhan menganjurkan Qiamullail di Surau Sekolah. Seramai 133 orang pelajar asrama putera telah dipilih untuk menjayakan program ini dengan bantuan beberapa orang fasilitator sukarela dari Kelab Remaja Islam Malaysia Cawangan Kemaman.

Pada sebelah petangnya, semua pelajar diberi taklimat oleh fasilitator dengan dibantu oleh warden serta guru.

19 July, 2012

Pelancaran Ihya Ramadhan

Majlis pelancaran Ihya Ramadhan disempurnakan oleh pengetua, Ustaz Haji Aziz bin Muda di Dewan Al-Falah kira-kira jam 8.00 pagi.

Sebaik sahaja pengetua menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Ihya Ramadhan, satu tabung yang dinamakan tabung Ihya Ramadhan dilancarkan, bertujuan untuk memberi peluang kepada  guru,pelajar dan juga ibubapa untuk memberi sumbangan. 

Tabung ini dilancarkan dengan tujuan untuk membiayai sebahagian daripada program Ihya Ramadhan.