Showing posts with label kem kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label kem kepimpinan. Show all posts

30 August, 2012

Kursus Kendiri Remaja

Seramai 60 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 mengikuti Kursus Kendiri Remaja selama 3 hari 2 malam di Komples Rakan Muda, Mak Lagam.

Kursus ini kendalikan oleh fasilitator JHEAT (Bahagian Pendidikan) yang terdiri daripada Ustaz Sahari Anuar, Ustaz Rudaini dan Ustaz Tengku Zulkeplee. Selain itu, penceramah jemputan, Ustaz Ahmad Jihaduddin dari SM. Imtiaz Kemaman turut dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada para peserta kursus.

Kaunselor sekolah turut memainkan peranan penting bersama-sama guru penyelaras program, Ustazah Salbaniah Ali.


25 June, 2012

Kursus Kepimpinan PRS

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Pendidikan telah mengadakan Kem Kepimpinan PRS selama 3 hari 2 malam bermula pada 25 hingga 27 Jun 2012.

Kem ini diadakan bersama-sama dengan PRS Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun seramai 40 orang, di samping 4 orang guru pengiring serta kaunselor sekolah masing-masing.

Yang menariknya, kem atau kursus ini diadakan jauh ke pedalaman, iaitu Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, yang menempatkan rumah rehat yang dikelilingi hutan.

Guru yang terlibat dalam kursus ini ialah Cikgu Wan Nabihah Adilah, Cikgu Noorasmah (Kaunselor), Cikgu Abdul Hadi, Ustaz Tengku Zulkeplee serta GPK HEM Al-Falah.

 wakil Al-Falah memberi ucapan...

 taklimat kepada para peserta....

 suatu pemandangan yang menarik di Pasir Raja...

 LDK pun nak malu-malu ke?

Cikgu Noorasmah (Kaunselor) dan Cikgu Wan Nabihah (Guru Penasihat) sempat berposing...

21 June, 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas

Kursus kepimpinan Pengawas telah diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2012 bertempat di Pusat Latihan Kecemerlangan Pelajar (PLKP), Wakaf tengah, Kuala Terengganu.

Seramai 40 orang pengawas yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 telah dipilih untuk mengikuti kursus yang dikendalikan oleh fasilitator Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)Bahagian Pendidikan.

Modul yang dibentangkan ialah, ciri-ciri kepimpinan, pengucapan umum, riadah, LDK dan simulasi. Majlis penutup disempurnkan oleh Tuan Haji Razak Jusoh, Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Hal Ehwal Pelajar).

Guru pengiring yang terlibat ialah Cikgu Wan Nabihah Adilah, Cikgu Wan Nasila, Ustazah Salbaniah dan Ustaz Tengku Zulkeplee. G{K HEM turut hadir bersama-sama guru.