SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-FALAH
24000 KEMAMAN
SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas
Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada:
- Ketua Tingkatan, Penolong KetuaTingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan Keceriaan.
- Memastikan AJK kebersihan menentukan pelajar untuk membersihkan papan tulis, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja, menyapu lantai dan membuang sampah.
- Memastikan AJK keceriaan sentiasa mengemaskinikan papan kenyataan dari semasa ke semasa serta menyediakan langsir, alas meja guru, bunga meja dan lain-lain perhiasan yang sesuai.
2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas :
- Senarai pelajar di dalam kelas
- Pelan kedudukan kelas.
- Jadual Waktu.
- Jadual Tugas Harian.
- Carta Organisasi Kelas.
- Motto Kelas / Sekolah dan Hala Tuju Sekolah/ Visi dan Misi Sekolah
- Perabot kelas seperti kerusi, meja, almari, papan tulis diinventorikan.
- Alatan kebersihan ada di dalam kelas seperti seperti bakul sampah, penyapu dan lain-lain yang bersesuaian.
- Menentukan alatan elektrik, kipas angin dan lampu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Melaporkan perabot dan alatan elektrik yang rosak kepada pihak yang berkenaan.
- Membimbing organisasi kelas yang dilantik supaya menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.
- Mengadakan tabung kelas dan jumlahnya bergantung kepada budi bicara pelajar untuk tujuan keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.
3. Jadual Kedatangan Pelajar
- Menandakan jadual kedatangan harian pelajar selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan kembali buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.
- Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam daftar kedatangan pelajar seperti nama penuh, nombor telefon waris yang boleh dihubungi serta alamat tempat tinggal yang jelas.
- Memastikan data-data terkini pelajar di dalam kelas.
4. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti dan Surat Akuan Pelajar
- Memastikan kemajuan pelajar direkodkan dalam Rekod Persediaan Mengajar atau dalam sebarang bentuk rekod (seperti fail atau disket) yang boleh dirujuk bila-bila masa.
- Mengisi markah dan membuat laporan prestasi akademik pelajar, kurikulum dan fizikal dalam rekod pelajar bagi setiap penggal persekolahan.
- Menyampaikan Rekod Prestasi pelajar kepada waris pelajar/penjaga.
- Menyediakan dan mengisi:
- Rekod markah bagi setiap peperiksaan sekolah sama ada melalui ’mark sheet ‘atau Key – in data
dalam disket.
- Sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar kepada pelajar
5. Kutipan Yuran dan Derma
- Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar semua yuran sekaligus.
- Mengutip Derma PIBG.
- Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
- Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
- Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Penolong Kanan.
- Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.
6. Pendaftaran Pelajar Baru.
- Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras Tingkatan.
- Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada PK HEM.
- Menentukan penerimaan borang SPBT dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar tersebut mendapat buku teks.
- Menyemak jika pelajar tersebut menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
- Mempastikan penerimaan rekod kemajuan pelajar dan maklumat lain yang berkaitan dengan diri pelajar dari sekolah yang terdahulu.
- Menentukan rumah sukan bagi setiap pelajar.
7. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.
- Memberi galakan dan merangsang minat pelajar terhadap akademik.
- Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan penghargaan seperti hadiah jika perlu.
- Sentiasa prihatin terhadap masalah pelajar.
- Melaporkan kepada Guru Disiplin dan Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan sahsiah dan perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.
- Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.
- Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur berikut:
- Mengisi dua salinan borang Melanggar Peraturan Sekolah yang boleh diambil daripada penyelaras
tingkatan atau Unit Disiplin Sekolah.
- Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa / penjaga pelajar.
8. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan
- Memastikan buku teks diagih kepada pelajar, dibalut dan ditulis nama pelajar.
- Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
- Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan melaporkan kepada Guru SPBT.
- Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
- Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
9. Murid Keluar
- Menentukan borang SPBT dan rekod kemajuan pelajar dihantar ke pejabat sekolah.
- Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas.
- Menentukan kelulusan pertukaran murid telah diterima.
- Menentukan buku teks telah dipulangkan.
- Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pelajar.
10. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain.
- Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
- Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama pelajar mengikut persatuan, kelab dan badan berunifom yang dipilih kepada penyelaras kokurikulum.
- Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
No comments:
Post a Comment