Showing posts with label hariraya. Show all posts
Showing posts with label hariraya. Show all posts

28 August, 2012

Jamuan Hari Raya....

Seramai 40 orang pelajar yatim dan miskin dijemput untuk menghadiri majlis hari raya di pejabat Daerah Kemaman. Pihak Pejabat Daerah menyampaikan wang hari raya buat semua pelajar Al-Falah, mereka turut dijamu dengan pelbagai juadah istimewa termasuk daging kambing bakar, lemang, nasi minya, nasi dagang, ketupat, sate dan pelabagi kuih-muih, ABC, pelbagai jenis minuman dan buah-buahan.

Menariknya, semua pelajar menaiki bas, bersama-sama 4 orang guru pengiring. Jarak tidak sampai 1 kilometer.

Guru pengiring : GKP HEM, Ustaz Tg Zulkeplee, Ustazah Salbaniah dan Cikgu Wan Nabihah Adilah

15 August, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kira-kira jam 11 pagi, semua guru dan pelajar berhimpun di Dewan Besar Al-Falah untuk satu Majlis Perutusan Hari Raya. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, kemudian diikuti oleh ucapan wakil guru lelaki, Ustaz Ismail Jalil mengambil tempat sebagai wakil. Dalam ucapan hari raya, Ustaz Ismail masih sempat menggeletek hati para pelajar dan juga guru, minta semua pelajar datang ke rumahnya pada hari raya nanti, dan bawa duit raya untuk ustaz. Hahahahaha....

Kemudian Ustazah Salbaniah Ali memberikan ucapan sebagai mewakili guru perempuan. Dalam ucapannya, Ustazah Salbaniah sempat berpesan supaya semua pelajar dapat menjaga diri masing-masing dan mohon maaf zahir dan batin bagi pihak guru-guru perempuan.

GPK HEM juga diminta menyampaikan ucapan, walau bagaimanapun, hanya ucapan ringkas sahaja yang diucapkan, iaitu selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Sebelum itu, wakil pelajar juga diberi peluang untuk menyampaikan ucapan selamat hari raya, Umar sebagai wakil pelajar lelaki,manakala Solehah mewakili pelajar perempuan.

Akhir sekali, giliran pengetua, Ustaz Haji Aziz Muda dijemput untuk menyampaikan ucapan serta perutusan hari raya aidil fitri.

Majlis berakhir dengan acara bersalaman sesama guru dan pelajar. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada unit HEM.