Showing posts with label kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label kemerdekaan. Show all posts

23 September, 2012

Penyampaian Hadiah Pertandingan Bulan Merdeka

Dalam perhimpunan mingguan yang diadakan di Dewan Besar Al-Falah pagi tadi, telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan, antara aktiviti yang dipertandingkan adalah Pertandingan Ceria Merdeka, Pertandingan Kuiz Sejarah dan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Asa'ri bin Ramli, GPK Pentadbiran.


Pemenang Pertandingan Mendeklamasi Sajak 
Peringkat Menengah Rendah:
  1. Aina Mardia bt Mohd Sabri
  2. Nur Maisya bt Muda
  3. Nur Najwa Alia bt Mohd Azmi
Peringkat Menengah Atas:
  1. Umar bin Romzi
  2. Nor Hidaeyah bt Ramli
  3. Fazlin Nur Amanina

30 August, 2012

Pertandingan Kuiz Sejarah

Sempena Bulan Kemerdekaan, satu pertandingan kuzi sejarah telah diadakan bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Pertandingan ini dikendalikan oleh guru-guru sejarah dan diketuai oleh Cikgu Adnan Hamzah selaku Ketua Bidang Kemanusiaan.

Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan

Pada 30 Ogos, bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, telah diadakan satu pertandingan deklamasi sajak di Dewan Besar Al-Falah. Pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar.

Seramai 12 orang peserta telah berentap untuk merebut hadiah yang dipertandingkan.

17 July, 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang

Bertempat di Dewan Al-Falah, majlis pelancaran Kempen Kibar jalur Gemilang telah disempurnakan oleh pengetua, Ustaz Haji Aziz bin Muda. Sebelum itu, semua guru dan pelajar menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, lebih-lebih lagi majlis ini bersempena Bulan Sambutan Kemerdekaan.

Sebaik sahaja pengetua merasmikan pelancaran kempen Jalur Gemilang, suatu gimik pelancaran dilakukan oleh beberapa orang pemimpin unit beruniform dengan membawa Jalur Gemilang dan bendera sekolah, berlari ke pentaas dan menyerahkan bendera kepada pengetua.

Kemudian semua guru dan pelajar memyanyikan lagu Jalur Gemilang beramai-ramai, sambil melambaikan bendera Jalur Gemilang.

Majlis berakhir dengan deklamasi sajak oleh pelajar dan diikuti dengan bacaan doa.