06 August, 2012

Gotong-royong bersih kubur

Semua pelajar aspura secara sukarela menyertai program perdana, iaitu Gotong-royong membersih tanah perkuburan Jabur, kira-kira 1 km dari asrama. Pelajar aspura seramai 133 orang telah dibawa oleh warden, Tuan Haji Syahidan dan dibantu oleh Ustaz Tengku Zulkeplee ke tanah perkuburan seawal jam 8 pagi.

Program ini mendapat sambutan dan pujian daripada warga sekolah kerana para pelajar diberi peluang melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, malah bulan Ramadhan bukan menjadi suatu halangan untuk berbuat demikian.

Qiamullail Iktikaf Ramadhan

Bersempena bulan Ramdhan, jawatankuasa Ihya Ramadhan menganjurkan Qiamullail di Surau Sekolah. Seramai 133 orang pelajar asrama putera telah dipilih untuk menjayakan program ini dengan bantuan beberapa orang fasilitator sukarela dari Kelab Remaja Islam Malaysia Cawangan Kemaman.

Pada sebelah petangnya, semua pelajar diberi taklimat oleh fasilitator dengan dibantu oleh warden serta guru.

30 July, 2012

Persembahan Nasyid

Tarikh : 30 Julai 2012
Tempat : Dewan Seri Amar, kemaman
Majlis : Jemputan Berbuka Puasa Bersama Ranaco Marin

Kumpulan nasyid Al-Falah dijemput untuk menyerikan lagi majlis berbuka puasa dengan mempersembahkan 6 buah lagi selain memperdengarkan bacaan al-quran.

Turut hadir ialah Pengurus Nasyid,ustaz Tg Zulkeplee dan PK HEM.