07 August, 2012

Majlis Khatam Al-Quran

Jawatankuasa Ihya Ramadhan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di surau sekolah (Surau Al-Muttaqim) pada jam 5 petang selepas solat asar.

Seramai 40 orang pelajar yang menjayakan majlis ini dibimbing oleh 4 orang guru pembimbing sehingga kesemua pelajar berjaya khatam Al-Quran pada hari tersebut.

Sebaik sahaja selesai khatam al-quran, dilangsungkan majlis penyampaian cenderamata dan bantuan kepada semua peserta khatam al-quran, bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan yatim serta bantuan uniform sekolah oleh pihak MAIDAM.

Majlis berakhir pada jam 6.30 petang. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang bertugas.

06 August, 2012

Gotong-royong bersih kubur

Semua pelajar aspura secara sukarela menyertai program perdana, iaitu Gotong-royong membersih tanah perkuburan Jabur, kira-kira 1 km dari asrama. Pelajar aspura seramai 133 orang telah dibawa oleh warden, Tuan Haji Syahidan dan dibantu oleh Ustaz Tengku Zulkeplee ke tanah perkuburan seawal jam 8 pagi.

Program ini mendapat sambutan dan pujian daripada warga sekolah kerana para pelajar diberi peluang melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, malah bulan Ramadhan bukan menjadi suatu halangan untuk berbuat demikian.

Qiamullail Iktikaf Ramadhan

Bersempena bulan Ramdhan, jawatankuasa Ihya Ramadhan menganjurkan Qiamullail di Surau Sekolah. Seramai 133 orang pelajar asrama putera telah dipilih untuk menjayakan program ini dengan bantuan beberapa orang fasilitator sukarela dari Kelab Remaja Islam Malaysia Cawangan Kemaman.

Pada sebelah petangnya, semua pelajar diberi taklimat oleh fasilitator dengan dibantu oleh warden serta guru.