23 September, 2012

Penyampaian Hadiah Pertandingan Bulan Merdeka

Dalam perhimpunan mingguan yang diadakan di Dewan Besar Al-Falah pagi tadi, telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan, antara aktiviti yang dipertandingkan adalah Pertandingan Ceria Merdeka, Pertandingan Kuiz Sejarah dan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Asa'ri bin Ramli, GPK Pentadbiran.


Pemenang Pertandingan Mendeklamasi Sajak 
Peringkat Menengah Rendah:
  1. Aina Mardia bt Mohd Sabri
  2. Nur Maisya bt Muda
  3. Nur Najwa Alia bt Mohd Azmi
Peringkat Menengah Atas:
  1. Umar bin Romzi
  2. Nor Hidaeyah bt Ramli
  3. Fazlin Nur Amanina

22 September, 2012

Pertandingan Futsal Prostar

Seramai 7 orang pelajar telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan futsal yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, bertempat di Gelanggang Futsal Binjai.

Setiap sekolah menghantar wakil pasukan futsal masing-masing, dan pasukan futsal sekolah yang dibimbing oleh jurulatih Haji Syahidan (warden asrama) tidak ketinggalan untuk memeriahkan pertandingan ini.

Walau bagaimanapun, pasukan kita telah tewas kepada pasukan sekolah lain dengan kekalahan yang sangat tipis.

Sebaik sahaja selesai pertandingan jurulatih membawa semua pemain (pelajar asrama) ke Kolam Renang di Bandar Baru Bukit Mentok untuk beriadah. Semua pelajar dipantau oleh jurulatih.

Kalah dalam kemenangan.

Ceramah Motivasi Laluan ke UniKL-MARA

Seramai 36 orang pelajar tingkatan 4 dan 4 orang pelajar tingkatan 5 telah di;ilih untuk mengikuti ceramah motivasi laluan ke UniKL-MARA yang diadakan selama 2 hari di Dewan Mercu dan Dewan Terbuka SMK.Chukai. Manakala pada hari kedua, 23 September seramai 40 pelajar tingkatan 5 pula akan mengikuti ceramah motivasi yang sama diadakan di SMK. Chukai.

Guru pengiring yang terlibat ialah, Ustaz Tengku Zulkeplee Abdullah, Cikgu Siti Nor Khairiyah (Kaunselor) dan Cikgu Noorasmah (Kaunselor).