Tarikh : 30 Julai 2012
Tempat : Dewan Seri Amar, kemaman
Majlis : Jemputan Berbuka Puasa Bersama Ranaco Marin
Kumpulan nasyid Al-Falah dijemput untuk menyerikan lagi majlis berbuka puasa dengan mempersembahkan 6 buah lagi selain memperdengarkan bacaan al-quran.
Turut hadir ialah Pengurus Nasyid,ustaz Tg Zulkeplee dan PK HEM.
30 July, 2012
19 July, 2012
Pelancaran Ihya Ramadhan
Majlis pelancaran Ihya Ramadhan disempurnakan oleh pengetua, Ustaz Haji Aziz bin Muda di Dewan Al-Falah kira-kira jam 8.00 pagi.
Sebaik sahaja pengetua menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Ihya Ramadhan, satu tabung yang dinamakan tabung Ihya Ramadhan dilancarkan, bertujuan untuk memberi peluang kepada guru,pelajar dan juga ibubapa untuk memberi sumbangan.
Tabung ini dilancarkan dengan tujuan untuk membiayai sebahagian daripada program Ihya Ramadhan.
Labels:
Ihya Ramadhan
17 July, 2012
Kempen Kibar Jalur Gemilang
Bertempat di Dewan Al-Falah, majlis pelancaran Kempen Kibar jalur Gemilang telah disempurnakan oleh pengetua, Ustaz Haji Aziz bin Muda. Sebelum itu, semua guru dan pelajar menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, lebih-lebih lagi majlis ini bersempena Bulan Sambutan Kemerdekaan.
Sebaik sahaja pengetua merasmikan pelancaran kempen Jalur Gemilang, suatu gimik pelancaran dilakukan oleh beberapa orang pemimpin unit beruniform dengan membawa Jalur Gemilang dan bendera sekolah, berlari ke pentaas dan menyerahkan bendera kepada pengetua.
Kemudian semua guru dan pelajar memyanyikan lagu Jalur Gemilang beramai-ramai, sambil melambaikan bendera Jalur Gemilang.
Majlis berakhir dengan deklamasi sajak oleh pelajar dan diikuti dengan bacaan doa.
Labels:
kemerdekaan
Subscribe to:
Posts (Atom)