06 September, 2012

Kem Kepimpinan Jati Diri

Bertempat di Komples Rakan Muda,Mak Lagam, seramai 80 orang pelajar telah dipilih untuk mengikuti kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Unit Hem dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kursus selama 3 hari 2 malam itu dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada Ustaz Tengku Zulkeplee, Cikgu Ahmad Pauzi, Cikgu Noorasmah, Cikgu Siti Norkhairiyah dan GPK Hem.

Pelajar diberi bimbingan dan latihan kepimpinan dengan menggunakan modul yang dibekalkan kepada semua peserta kursus.

30 August, 2012

Lawatan di sebalik tirai besi

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu lawatan ke Penjara Marang. Seramai 38 orang pelajar serta 5 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Program yang pertama kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan baik daripada kalangan pelajar.

Rombongan ini tiba di Penjara Marang sekitar jam 10.30 pagi dan disambut oleh Pegawai Penjara, Sarjan Azman. Para peserta dibawa melihat bilik lawatan untuk ahli keluarga bertemu dengan tahanan. Peserta lawatan diberi peluang menggunakan interkom untuk berual-bual dengan 2 orang banduan ramaja yang menerima hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan senjata api.

Kemudian, rombongan dibawa ke dewan untuk diberi taklimat berhubung dengan Penjara Marang. Akhir sekali, para pelajar dibawa ke Galeri penjara, untuk melihat hasil kerja banduan seperti batik,songket, perabot dan gubahan.

Bas bergerak meninggalkan Penjara Marang pada jam 12.00 tengahari.

Guru yang turut serta ialah, Cikgu Siti Nor Khairiyah, Cikgu Noorasmah, Ustaz Tengku Zulkeplee, Cikgu Abdul Hadi dan GPK HEM.
di hadapan pintu utama Penjara Marang

Cikgu Hadi (Jurufoto sekolah) bersama pegawai penjara...

antara hasil kraftangan banduan...

Guru pengiring bergambar bersama personaliti popular Alfalah...SHOW

Pertandingan Kuiz Sejarah

Sempena Bulan Kemerdekaan, satu pertandingan kuzi sejarah telah diadakan bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah. Pertandingan ini dikendalikan oleh guru-guru sejarah dan diketuai oleh Cikgu Adnan Hamzah selaku Ketua Bidang Kemanusiaan.