10 July, 2012

Motivasi Sentuhan Hati

UBK telah menganjurkan satu program motivasi untuk para pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.

Program yang dinamakan sebagai Motivasi Sentuhan Hati dikendalikan oleh UBK dengan menjemput penceramah dari SMA. Sultan Ismail, Dungun iaitu Cikgu Nordin bin Ithnin.

Antara objektif kursus ini adalah untuk menyuntik semangat dan motivasi pelajar tingkatan 3 supaya mereka dapat bertindak awal dengan membuat keputusan yang tepat sebelum menjelangnya PMR.

Penceramah banyak berkongsi pengalaman dan memberikan tips motivasi kepada pelajar. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 1.30 petang.

Guru yang terlibat : Kaunselor sekolah dan AJK UBK.