27 September, 2012

Nadwah Kepimpinan Islam SABK kali ke-2

Tarikh : 27 - 30 September 2012
Tempat : Imtiaz Kuala Terengganu
Anjuran : SABK

Al-Falah menghantar 2 orang pelajar untuk mengikut Nadwan Kepimpinan Islam SABK Kali-2 yang akan diadakan selama 4 hari 3 malam di SM. Imtiiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu.

Dua orang pelajar yang terlibat ialah Engku Mohamad Fadhli bin Engku Fauzi dan Nur syafiqah Salma bt Mohd Shukri, kedua-duanya pelajar tingkatan 4.

Nadwah Kepimpinan Islam SABK ini berlangsung pada 27 hingga 30 September 2012.

Program Titian Bestari Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh : 29 - 29 September 2012
Tempat : TESDEC, Marang.
Anjuran : JPNT

Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 telah dipilih untuk mengikuti program ini yang dianjurkan oleh JPNT dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu di pusat kemahiran.

Program yang melibatkan pelajar Al-Falah akan ditempat di TESDEC MARANG, bermula 27 hingga 29 September, selama 3 hari 2 malam.

Program ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar yang bakal menduduki SPM pada akhir tahun ini tentang peluang-peluang kursus kemahiran yang boleh diikuti oleh mereka yang berminat apabila menamatkan alam persekolahan nanti.

Guru pengiring yang terlibat ialah Cikgu Rosdi Ismail.

Taklimat kemasukan ke Kolej Vokasional, MRSM, SBP & MTD

Program : Taklimat Kolej Vokasional & 
                 Motivasi Terakhir Sebelum PMR
Tarikh : 27 September 2012
Tempat : Dewan AlFalah
Fasilitator : Pn. Siti Norkhairiah bt Ma'mom (kaunselor)
                : Pn. Nororasmah bt Mohd Nor (kaunselor)
Masa : 8.00 pagi - 9.30 pagi


Pada jam 8.00 pagi, satu taklimat diadakan kepada semua calon PMR bertempat di Dewan Al-Falah. taklimat disampaikan oleh kaunselor sekolah, Cikgu Noorasmah dan Cikgu Siti Norkhariyah.

Semua pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR diberi taklimat cara-cara memohon ke Kolej Vokasional (dulu Sek Vokasional), MRSM, SBP dan juga MTD.

Selain itu, kaunselor juga memberi motivasi dan pesanan sebelum semua pelajar menduduki peperiksaan PMR akan datang.

23 September, 2012

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013

Pengumuman kepada ibubapa,guru dan calon UPSR dan PMR 2012:

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2013 secara online telah dibuka mulai 15 September hingga 31 Oktober 2012.

Permohonan ini dibuka kepada semua guru kelas dan ibubapa/penjaga tahun 6 dan Tingkatan 3 dengan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya.


Sila layari laman web di bawah untuk direct link ke Bahagian Permohonan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan:

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar

Program : Kem Pemantapan Sahsiah 
Tarikh : 23 - 24 September 2012
Tempat : Masjid Kuala Kemaman
Anjuran : JPNT


Hari ini. seramai 4 orang pelajar lelaki dari tingkatan 4 telah dipilih  untuk mengikuti Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kemaman. Kem yang diadakan setiap tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya diadakan di Masjid Kuala Kemaman..

Kem yang bermula 23 September hingga 24 September terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan yang cemerlang akademik.

Program Motivasi UniKL-MARA

Tajuk : Program Motivasi Unikl-MARA
Tempat : Dewan Mercu, SMK Chukai
Tarikh : 23 September 2012
Anjuran : Kaunselor Daerah Kemaman

Seramai 40 pelajar tingkatan 5 telah dipilih oleh UBK untuk mengikuti sesi motivasi bersama UniKL-MARA, bertempat di Dewan Mercu, SMK. Chukai, Kemaman.

Kaunselor sekolah, iaitu Cikgu Norasmah dan Cikgu Siti Norkhairiyah bertindak sebagai guru pengiring bagi program ini yang bermula jam 8.30 hingga 12.30 tengahari.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Bulan Merdeka

Dalam perhimpunan mingguan yang diadakan di Dewan Besar Al-Falah pagi tadi, telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan, antara aktiviti yang dipertandingkan adalah Pertandingan Ceria Merdeka, Pertandingan Kuiz Sejarah dan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Asa'ri bin Ramli, GPK Pentadbiran.


Pemenang Pertandingan Mendeklamasi Sajak 
Peringkat Menengah Rendah:
  1. Aina Mardia bt Mohd Sabri
  2. Nur Maisya bt Muda
  3. Nur Najwa Alia bt Mohd Azmi
Peringkat Menengah Atas:
  1. Umar bin Romzi
  2. Nor Hidaeyah bt Ramli
  3. Fazlin Nur Amanina