22 September, 2012

Pertandingan Futsal Prostar

Seramai 7 orang pelajar telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan futsal yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, bertempat di Gelanggang Futsal Binjai.

Setiap sekolah menghantar wakil pasukan futsal masing-masing, dan pasukan futsal sekolah yang dibimbing oleh jurulatih Haji Syahidan (warden asrama) tidak ketinggalan untuk memeriahkan pertandingan ini.

Walau bagaimanapun, pasukan kita telah tewas kepada pasukan sekolah lain dengan kekalahan yang sangat tipis.

Sebaik sahaja selesai pertandingan jurulatih membawa semua pemain (pelajar asrama) ke Kolam Renang di Bandar Baru Bukit Mentok untuk beriadah. Semua pelajar dipantau oleh jurulatih.

Kalah dalam kemenangan.

Ceramah Motivasi Laluan ke UniKL-MARA

Seramai 36 orang pelajar tingkatan 4 dan 4 orang pelajar tingkatan 5 telah di;ilih untuk mengikuti ceramah motivasi laluan ke UniKL-MARA yang diadakan selama 2 hari di Dewan Mercu dan Dewan Terbuka SMK.Chukai. Manakala pada hari kedua, 23 September seramai 40 pelajar tingkatan 5 pula akan mengikuti ceramah motivasi yang sama diadakan di SMK. Chukai.

Guru pengiring yang terlibat ialah, Ustaz Tengku Zulkeplee Abdullah, Cikgu Siti Nor Khairiyah (Kaunselor) dan Cikgu Noorasmah (Kaunselor).

21 September, 2012

Motivasi Bersama Ustaz Sofian Salleh

Program : Motivasi Bersama Ustaz Sofian
Tarikh : 21 September 2012
Tempat : Dewan AlFalah
Anjuran : UBK
Penyertaan : Semua pelajar

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM telah mengadakan kursus motivasi bersama Ustaz Mohd Sofian bin Salleh di Dewan Besar Sek. Men. Agama Al-Falah,Kemaman pada 20 September 2012.

Kursus yang bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dihadiri oleh kira-kira 1040 pelajar, termasuk guru-guru.
 memandu kereta bersama ust sofian

 jangan peluk ustaz kuat sangat....lemas

 manisnya air orenku ini...

tengok apa yang khusyuk sangat tu?

19 September, 2012

Latihan Kebakaran

Kira-kira jam 11.20 pagi, pihak sekolah mengadakan satu latihan kebakaran dengan kerjasama Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman. Semua pelajar dan guru serta kakitangan sekolah memberikan kerjasama yang sangat baik. Selepas semua warga sekolah berkumpul di padang sekolah, anggota bomba menunjukkan demontrasi memadam kebakaran.
 Pelajar perempuan berkumpul di zon berkumpul

 cepatlah lari, mari sini belake...

 cikgu-cikgu berada di tempat selamat

 cepatlah sikit....kekgi kene sembur dengan air bomba..

berlari sambil berposing

17 September, 2012

Taklimat Latihan Kebakaran

Pada 17 September, satu taklimat latihan kebakaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Guru, dihadiri oleh semua guru pada jam 2.30 petang.

Taklimat telah disampaikan oleh PB Razmy dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.