09 August, 2012

Ceramah Nuzul Quran

Sempena Ihya Ramadhan dan Nuzul Quran, satu ceramah telah diadakan di Dewan Besar Al-Falah, disampaikan oleh penceramah jemputan, ustaz Cholil Abdullah. Semua pelajar berhimpun di dewan dan guru-guru juga ada turut serta mengikuti ceramah Nuzul Quran yang bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

08 August, 2012

Majlis Berbuka Puasa Badan Pengawas

Badan Pengawas yang dipimpin oleh Cikgu Wan Nabihah Adilah telah mengambil inisiatif bersama-sama pengawas sekolah untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama pengurusan sekolah.

Pada 8 Ogos 2012, majlis ini diadakan di Restoren Kak Zah Nasi Air, berhampiran dengan sekolah. Seramai 60 orang pengawas bersama guru penasihat serta pengurusan sekolah telah hadir untuk majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Badan Pengawas 2012.

Antara penasihat Badan Pengawas yang hadir ialah Cikgu Wan Nabihah, Cikgu Wan Nasila dan Ustaz Tengku Zulkeplee Abdullah. Turut hadir ialah Pengetua, Ustaz Haji Aziz bin Muda, GPK 1, Haji Asa'ri bin Ramli serta GPK HEM, Haji Mohd Junaidi Alias.

07 August, 2012

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jamaie) diadakan sebaik sahaja usai Majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini berlangsung di Dewan Makan Asrama Puteri, disertai oleh semua guru, kakitangan termasuk jemputan. 

Jawatankuasa bertugas yang terdiri daripada guru dan juga kakitangan sokongan memberikan kerjasama yang erat demi memastikan majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Dua buah kanopi disediakan di luar Dewan Makan Asrama Puteri bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. 

Usai berbuka puasa, semua pelajar, guru, jemputan sama-sama menunaikan solat maghrib berjemaah di Surau Sekolah.




Majlis Khatam Al-Quran

Jawatankuasa Ihya Ramadhan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di surau sekolah (Surau Al-Muttaqim) pada jam 5 petang selepas solat asar.

Seramai 40 orang pelajar yang menjayakan majlis ini dibimbing oleh 4 orang guru pembimbing sehingga kesemua pelajar berjaya khatam Al-Quran pada hari tersebut.

Sebaik sahaja selesai khatam al-quran, dilangsungkan majlis penyampaian cenderamata dan bantuan kepada semua peserta khatam al-quran, bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan yatim serta bantuan uniform sekolah oleh pihak MAIDAM.

Majlis berakhir pada jam 6.30 petang. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang bertugas.

06 August, 2012

Gotong-royong bersih kubur

Semua pelajar aspura secara sukarela menyertai program perdana, iaitu Gotong-royong membersih tanah perkuburan Jabur, kira-kira 1 km dari asrama. Pelajar aspura seramai 133 orang telah dibawa oleh warden, Tuan Haji Syahidan dan dibantu oleh Ustaz Tengku Zulkeplee ke tanah perkuburan seawal jam 8 pagi.

Program ini mendapat sambutan dan pujian daripada warga sekolah kerana para pelajar diberi peluang melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, malah bulan Ramadhan bukan menjadi suatu halangan untuk berbuat demikian.

Qiamullail Iktikaf Ramadhan

Bersempena bulan Ramdhan, jawatankuasa Ihya Ramadhan menganjurkan Qiamullail di Surau Sekolah. Seramai 133 orang pelajar asrama putera telah dipilih untuk menjayakan program ini dengan bantuan beberapa orang fasilitator sukarela dari Kelab Remaja Islam Malaysia Cawangan Kemaman.

Pada sebelah petangnya, semua pelajar diberi taklimat oleh fasilitator dengan dibantu oleh warden serta guru.