25 June, 2012

Kursus Kepimpinan PRS

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Pendidikan telah mengadakan Kem Kepimpinan PRS selama 3 hari 2 malam bermula pada 25 hingga 27 Jun 2012.

Kem ini diadakan bersama-sama dengan PRS Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun seramai 40 orang, di samping 4 orang guru pengiring serta kaunselor sekolah masing-masing.

Yang menariknya, kem atau kursus ini diadakan jauh ke pedalaman, iaitu Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, yang menempatkan rumah rehat yang dikelilingi hutan.

Guru yang terlibat dalam kursus ini ialah Cikgu Wan Nabihah Adilah, Cikgu Noorasmah (Kaunselor), Cikgu Abdul Hadi, Ustaz Tengku Zulkeplee serta GPK HEM Al-Falah.

 wakil Al-Falah memberi ucapan...

 taklimat kepada para peserta....

 suatu pemandangan yang menarik di Pasir Raja...

 LDK pun nak malu-malu ke?

Cikgu Noorasmah (Kaunselor) dan Cikgu Wan Nabihah (Guru Penasihat) sempat berposing...