19 July, 2012

Pelancaran Ihya Ramadhan

Majlis pelancaran Ihya Ramadhan disempurnakan oleh pengetua, Ustaz Haji Aziz bin Muda di Dewan Al-Falah kira-kira jam 8.00 pagi.

Sebaik sahaja pengetua menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Ihya Ramadhan, satu tabung yang dinamakan tabung Ihya Ramadhan dilancarkan, bertujuan untuk memberi peluang kepada  guru,pelajar dan juga ibubapa untuk memberi sumbangan. 

Tabung ini dilancarkan dengan tujuan untuk membiayai sebahagian daripada program Ihya Ramadhan.

17 July, 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang

Bertempat di Dewan Al-Falah, majlis pelancaran Kempen Kibar jalur Gemilang telah disempurnakan oleh pengetua, Ustaz Haji Aziz bin Muda. Sebelum itu, semua guru dan pelajar menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, lebih-lebih lagi majlis ini bersempena Bulan Sambutan Kemerdekaan.

Sebaik sahaja pengetua merasmikan pelancaran kempen Jalur Gemilang, suatu gimik pelancaran dilakukan oleh beberapa orang pemimpin unit beruniform dengan membawa Jalur Gemilang dan bendera sekolah, berlari ke pentaas dan menyerahkan bendera kepada pengetua.

Kemudian semua guru dan pelajar memyanyikan lagu Jalur Gemilang beramai-ramai, sambil melambaikan bendera Jalur Gemilang.

Majlis berakhir dengan deklamasi sajak oleh pelajar dan diikuti dengan bacaan doa.

16 July, 2012

Motivasi Sentuhan Rohani Jati Diri

UBK sekali lagi berjaya mengadakan kursus motivasi yang dinamakan Motivasi Sentuhan Rohani Jati Diri Pelajar Cemerlang PMR dan SPM.

Seramai 126 orang pelajar tingkatan 5 dan 233 orang pelajar tingkatan 3 telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Mizan bin Mohd Noor.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang berjaya menarik minat dan tumpuan semua peserta kursus untuk menimba pengalaman dan mengutip mutiara motivasi yang disampaikan secara bercerita, berceloteh dan bersimulasi.