19 September, 2012

Latihan Kebakaran

Kira-kira jam 11.20 pagi, pihak sekolah mengadakan satu latihan kebakaran dengan kerjasama Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman. Semua pelajar dan guru serta kakitangan sekolah memberikan kerjasama yang sangat baik. Selepas semua warga sekolah berkumpul di padang sekolah, anggota bomba menunjukkan demontrasi memadam kebakaran.
 Pelajar perempuan berkumpul di zon berkumpul

 cepatlah lari, mari sini belake...

 cikgu-cikgu berada di tempat selamat

 cepatlah sikit....kekgi kene sembur dengan air bomba..

berlari sambil berposing

17 September, 2012

Taklimat Latihan Kebakaran

Pada 17 September, satu taklimat latihan kebakaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Guru, dihadiri oleh semua guru pada jam 2.30 petang.

Taklimat telah disampaikan oleh PB Razmy dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

12 September, 2012

Jadual Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2012

Perhatian Kepada Semua Pelajar, Anda boleh memuat turun jadual Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di blog ini. Untuk perhatian para pelajar, peperiksaan PMR akan bermula pada:


Tarikh:    9 Oktober 2012-15 Oktober 2012




Klik di sini untuk memuat turun jadual PMR 2012